Qaulalhaq

5-O Agency : Together We Share, We Learn

Posts Tagged ‘brent’

~ Pasaran saham Asia jatuh

Posted by faisalrenzo on February 28, 2011

HAMPIR keseluruhan pasaran saham Asia semalam meneruskan aliran kejatuhan masing-masing dalam pada harga minyak mentah dulu kekal di paras tertinggi dalam tempoh dua tahun susulan tindakan Muamar Gaddafi, pemimpin negara pengeksport utama minyak, Libya, memberi amaran beliau akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

Di Jepun, Indeks Nikkei 225 jatuh 0.80 peratus atau 85.60 mata kepada 10,579.10 mata, manakala Hong Kong pula menyusut 0.36 peratus atau 83.91 mata kepada 22,906.90, dan Sydney jatuh 0.22 peratus atau 10.8 mata kepada 4,845.9. Indeks Straits Times Singapura merosot 0.57 peratus atau 17.27 mata kepada 3,001.85. Bagaimanapun, Indeks Komposit Shanghai China meningkat 0.25 peratus atau 7.11 mata kepada 2,862.63 susulan aktiviti pengambilan untung selepas mengalami kejatuhan teruk pada Selasa lalu.

Saham berkaitan perlombongan terus menjadi tarikan di sebalik peningkatan harga emas susulan pelabur lebih cenderung membuat pelaburan dalam komoditi itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung inflasi dan ketegangan di Afrika Utara dan Asia Barat.

Read the rest of this entry »

Posted in Hot!, Market View | Tagged: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a Comment »