Qaulalhaq

5-O Agency : Together We Share, We Learn

~ Mortgage Insurance @ Insurans Gadaijanji

Posted by faisalrenzo on March 18, 2011


Mortgage Insurance atau Insurance Gadaijanji
Mortgage Insurance atau Insurance Gadaijanji adalah pelan perlindungan bagi pinjaman rumah dimana ianya akan membayar/melangsaikan hutang peminjam kepada bank apabila berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal Penuh (Total Permanent Disability) dalam tempoh pinjaman.

Terdapat 2 jenis Mortgage Insurance di pasaran iaitu :

  1. MRTA/MDTA (Mortgage Reducing/Decreasing Term Assurance);  dan
  2. Mortgage Level Term Assurance (MLTA)

Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) / Mortgage Decreasing Term Assurance (MDTA)

MRTA/MDTA adalah sejenis perlindungan yang direka untuk melindungi pinjaman hanya sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal Penuh (Total Permanent Disability) sahaja ke atas peminjam dalam tempoh pinjaman. Polisi ini dibeli apabila peminjam ingin membuat pinjaman perumahan.

Ia adalah sejenis polisi perlindungan yang ringkas dan premium insurans dibayar secara ‘upfront’ sekaligus. Peminjam boleh memilih jumlah yang perlu dilindungi dan untuk tempoh masa berapa lama dia ingin membayar perlindungan tersebut. Kebiasaannya jumlah yang perlu dilindungi adalah sama dengan jumlah pembiayaan pinjaman dan jumlah tersebut akan menurun dari tahun ke tahun mengikut baki pinjaman anda. Jumlah premium yang perlu dibayar bergantung kepada jumlah pinjaman, umur dan jantina peminjam.

Mortgage Level Term Assurance (MLTA)

MLTA berlainan sedikit dari MRTA/MDTA dimana ia menawarkan peminjam yang inginkan perlindungan tambahan selain daripada Kematian atau Hilang Upaya Kekal Penuh (Total Permanent Disability) iaitu  simpanan & pulangan. Ia tidak mempunyai perlindungan untuk Penyakit Kritikal. Jumlah perlindungan adalah sekata atau sama dan tidak akan berkurangan mengikut baki pinjaman seperti MRTA, selama tempoh pinjaman atau perlindungan yang diambil.

Oleh kerana pemegang polisi boleh memilih untuk mempunyai jenis-jenis perlindungan selain dari Kematian atau Hilang Upaya Kekal Penuh (Total Permanent Disability), jumlah premium yang perlu di bayar bergantung kepada jenis perlindungan yang ingin di miliki, umur dan jantina peminjam. Premium boleh dibayar samada secara tahunan, setengah tahun atau bulanan.

Perbandingan antara MDTA & MLTA

MLTA

  1. Polisi boleh dipindah antara bank apabila peminjam ingin membeli rumah baru atau ‘refinance’ pinjaman kepada bank lain.
  2. Anda hanya perlu membeli sekali sahaja, dengan jumlah yang sama, anda tidak perlu untuk memeriksa tahap kesihatan anda.
  3. Bayaran akan dikira dan dicampur sebagai simpanan atau simpanan dengan keuntungan. Nilai tunai atau keuntungan boleh digunakan untuk mengurangkan atau membayar habis pinjaman perumahan anda. Sekaligus boleh mengurangkan tempoh bayaran pinjaman.
  4. Premium tinggi bergantung kepada jumlah perlindungan, perlindungan tambahan yang diambil serta umur dan jantina.

MRTA/MDTA

  1. Polisi akan kekal kepada satu bank sahaja, jika anda ingin refinance atau membeli rumah baru, polisi baru akan dikenakan mengikut harga rumah tersebut.
  2. Selalunya setiap kali anda ingin ‘refinance’, anda perlu buktikan bahawa anda adalah sihat untuk polisi MDTA.
  3. Tidak mempunyai nilai tunai.
  4. Jumlah bayaran premium rendah berbanding MLTA.

Pada artikel akan datang kita akan membincangkan perbandingan-perbandingan dengan insurans hayat, insurans hayat bertempoh dalam melindungi pinjaman perumahan anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: