Qaulalhaq

5-O Agency : Together We Share, We Learn

~ Berseloka sebentar…

Posted by faisalrenzo on March 13, 2011


Ku ketandusan idea dengan subjek apa yang hendak ditulis di sini beberapa hari lepas. Dalam difikir-fikirkan itu dan ditambah dengan kerja-kerja yang masih dalam progres untuk menaiktaraf weblog ini untuk lebih kreatif dan informatif, maka mulalah ku berjumpa dengan Pakcik Google untuk dapatkan idea-idea dan baca artikel-artikel terkini. Dalam usaha pencarian itu terjumpa pula sesuatu yang menarik dalam blog ni “Your Profile, Your Story” http://funny-profiles-story.blogspot.com karya kreativiti seseorang yang bergelar Giantpolar. Memang menggelikan hati senario-senario yang dipaparkan…macam-macam ada, dari dulu-dulu sampai sekarang, Spongebob pun ada!

Walaupun tidak kerap menghasilkan karya, tapi ia cukup menghiburkan. Memang boleh gelak guling-guling. Hendak mencari idea untuk bahan-bahan jenaka macam tu bukannya mudah, tambahan pula semua karektor-karektor dalam jenaka tu saling berkaitan dalam satu adegan TV atau rancangan. Lepas itu nak di ‘edit’ pula dalam bentuk ‘wall facebook profile’. Memang kreatif. Ini salah satu daripada profail “facebook p ramlee” daripada blog tersebut. Nak baca profail-profail facebook yang dihasilkan oleh beliau, klik pada alamat blog di atas.

Layanzzz….semoga ketawa….

P Ramlee

Lepas ni saya pula kena cari idea apa pula yang nak ditulis seterusnya…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: