Qaulalhaq

5-O Agency : Together We Share, We Learn

~ Inflasi! Oh Inflasi!…

Posted by faisalrenzo on March 6, 2011


Dalam artikel tentang pasaran saham asia dan emas sebelum ini, saya ada menyentuh tentang inflasi. Hari ini, saya berkongsi dengan lebih jelas tentang inflasi secara umum. Untuk mengetahui kadar inflasi negara kita, sila RUJUK sini. Kadar inflasi yang di umumkan oleh kerajaan, adalah sekitar 4% – 5% pada tahun 2010. Itu yang diumumkan, tapi hakikat yang sebenarnya adalah lebih pada itu. Tambahan pula pada tahun ini keadaan krisis di Timur Tengah telah memberi impak pada harga minyak, pasaran matawang dan harga logam. Jadi anda fikir-fikirkanlah dimana tahap inflasi negara sekarang.

Saya bagi satu contoh, ini adalah jadual kadar keuntungan simpanan tetap sebahagian daripada bank-bank di Malaysia yang menjalankan sistem perbankan islam yang di ambil pada 14 Februari 2011.

  • Kuwait Finance House            : 3.05%
  • Bank Rakyat                         : 3.14%
  • Maybank                              : 2.90%
  • CIMB                                   : 2.85%
  • Agro Bank                            : 3.35%
  • Bank Islam                           : 3.02%

Cuba bayangkan, jika kadar inflasi adalah 4% (saya andaikan yang paling rendah) dan kadar keuntungan simpanan tetap yang diishtiharkan adalah lebih rendah dari kadar inflasi. Yang memberi pulangan paling tinggi pun Agro Bank iaitu 3.35% setahun. Itu pun masih tak mencukupi untuk mengatasi kadar inflasi. Apakah yang terjadi pada wang anda? Susutnilai!!  Itulah yang terjadi kepada wang anda yang disimpan di dalam bank. Memang tak untung dan tak buat duit pun! (dibincangkan dalam kesan-kesan inflasi di bawah).

Inflasi ada ‘penyamun tarbus’ yang halimunan yang menyusutnilaikan wang anda secara senyap-senyap. Melabur adalah cara terbaik supaya wang anda beranak dan berlipat ganda, dan anda perlu membuat kajian sedikit sebanyak tentang risiko dan pulangan bersesuaian dengan objektif kewangan anda. Ok, jangan buang masa, kita ke subjek seterusnya.

APA ITU INFLASI?

Pada umumnya inflasi bermakna “kenaikan yang berterusan dalam tingkat harga umum”. “Harga umum” bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalamn sesuatu ekonomi pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka amat sulit untuk mendapatkan semua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga umum ini dengan mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan tertentu sebagai mewakili keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonomi dan harga mereka diukur dengan menggunakan Indeks Harga. Selalunya kumpulan barangan dan perkhidmatan yang diambil itu mewakili barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna. Oleh itu, indeks harga ini dinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks ini dikeluarkan dari masa ke masa oleh Jabatan Perangkaan.

INDEKS HARGA PENGGUNA

Indeks Harga Pengguna (IHP) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentulkan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barangan dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh pengguna. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun sernasa. Sementara itu kadar inflasi pula adalah peratus perubahan paras harga barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas. IHP mengambilkira lebih kurang 430 jenis barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh seunit isi rumah secara am (average household expenditure).

APAKAH PUNCA INFLASI?

1. Inflasi Tarikan Permintaan

Ianya berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan secara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

2. Inflasi Tolakan Kos

Ianya berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan.

3. Inflasi Bekalan Wang

Ianya berlaku apabila bekalan wang berlebihan melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini iasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Tetapi bila perang berakhir, wang cetakan tersebut berlebihan di pasaran dan ini akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk memastikan pengeluaran bekalan wang adalah pada tahap tertentu atau optimum bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran pada setiap masa.

4. Inflasi Pentadbiran Harga

Ianya berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, dan pengeluar mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar tanpa mengira sama ada kos meningkat atau tidak. Keadaan ini dipanggil  pentadbiran harga.

5. Inflasi Yang Diimport

Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan-bahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang dilmport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan juga meningkat tanpa disedari, ini dipanggil kesan raitaian atau ‘chain reaction’.. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku samada :

a.       Secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau;

b.       Secara tidak langsung iaitu melalui perubahan kadar pertukaran matawang asing yang memihak kepada negara pengeksport.

KESAN-KESAN INFLASI

Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi dan penduduk sesebuah negara. Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan.

Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku dengan ketara kepada pekerja-pekerja yang berpendapatan tetap.

Sewaktu ekonomi menghadapi inflasi, kesan agihan amat dirasai. Bagi mereka yang menabung, yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalarn ertikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang agihan semula pendapatan juga akan berlaku. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.

Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.

LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI

1. Mengawal Permintaan

Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.

2. Mengawal Bekalan

Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupakan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.

3. Polisi Ekonoml Makro

Peranan kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomi membangun dengan pesat untuk menetukan halatuju pembangunan negara. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha memerangi inflasi dengan  langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran seperti :

a.  Dasar Kewangan (Monetary Policy)

Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.

b.  Dasar Fiskal (Fiscal Policy)

Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi rumah, barang-barang elektrik, elektronik dan sebagainya.

 

One Response to “~ Inflasi! Oh Inflasi!…”

  1. top markotop informasinya pak! makasih ya pak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: