Qaulalhaq

5-O Agency : Together We Share, We Learn

~ Harga Emas naik lagi

Posted by faisalrenzo on March 1, 2011


Harga emas naik lagi!!! Itulah fitrah harga emas di saat ekonomi dunia dilanda krisis. Antara punca yang mempengaruhi kenaikan harga emas sekarang adalah berikutan ketegangan Afrika Utara, Asia Barat. Harga emas meningkat melebihi AS$1,400 (RM4,284) satu auns semalam, pertama kali dalam tempoh hampir tujuh minggu, berikutan ketegangan yang terus memuncak di Afrika Utara dan Asia Barat. Ketegangan kini merebak dari Mesir dan Tunisia ke negara Asia Barat dan Afrika Utara lain apabila penunjuk perasaan berkumpul membantah pemerintahan pemimpin yang sudah memegang kuasa begitu lama.

“Tidak dapat disangsikan lagi bahawa kenaikan logam berharga itu yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan ketegangan di Asia Barat,” kata Daniel Major, Penganalisis di RBS Global Banking & Markets.

Harga minyak pula terus naik hampir sebanyak AS$3 setong kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun ketika peniaga melihat berlakunya ketegangan yang tidak berkesudahan di negara pengeluar minyak utama, Libya.

Imam Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin lebih dari 900 tahun lalu telah menulis bahawa hanya emas dan perak yang boleh menjadi timbangan yang adil dalam bermuamalah. Nampaknya hal ini terbukti sekali lagi di pasaran wang dunia hari ini.

Ramai orang percaya emas boleh jadi pemangkin kepada inflasi kerana inflasi boleh menyusutnilaikan matawang. Dan sejarah telah membuktikan emas akan dibeli apabila panik akan sesuatu yang lebih parah akan terjadi sehingga boleh menggugat ekonomi seperti kadar inflasi meningkat, krisis kewangan atau perang.

Harga saham di Eropah turut jatuh berikutan krisis Afrika Utara dan Asia Barat itu. Dalam dagangan semalam, harga perak naik setinggi AS$33.46 (RM102.38) satu auns, platinum pada AS$1,844.25 (RM5,643.4) satu auns manakala palladium pada AS$859 (RM2,628.54) satu auns.

Statistik juga telah menunjukkan bahawa apabila kadar inflasi meningkat tinggi, harga emas akan meningkat lebih tinggi dari inflasi. Bermakna semakin tinggi kadar inflasi, semakin tinggi lagi kenaikan harga emas. Contoh, apabila kadar inflasi mencapai 10%, maka harga emas akan naik sebanyak 13%. Dan ini terbukti dalam carta dibawah dimana harga emas stabil tatakala krisis ‘subprime‘ di Amerika Syarikat pada 2008 yang merebak sehingga ke Eropah sehingga menjatuhkan beberapa institusi kewangan gergasi.

Trend harga emas selama 20 tahun ini menunjukkan selepas Krisis Matawang di Asia pada 1998, harga emas meningkat naik sehingga hari ini.

 

Mengapa Harus Membeli Emas & Perak Sekarang? KLIK SINI

Amerika Syarikat, Dasar Ekonomi Kapitalis dan Emas KLIK SINI




2 Responses to “~ Harga Emas naik lagi”

  1. mak oiiii…. cayalah bro… u punya artikel memang superb! tu semua fakta! betul-betul… bukan cobaannnn…

    • tq bro….aku cari n study fakta dulu, secara tak langsung, banyak jugak yang aku belajar…lebih dari makro n mikro ekonomi masa form 6 dulu…hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: