Qaulalhaq

5-O Agency : Together We Share, We Learn

~ Pasaran saham Asia jatuh

Posted by faisalrenzo on February 28, 2011


HAMPIR keseluruhan pasaran saham Asia semalam meneruskan aliran kejatuhan masing-masing dalam pada harga minyak mentah dulu kekal di paras tertinggi dalam tempoh dua tahun susulan tindakan Muamar Gaddafi, pemimpin negara pengeksport utama minyak, Libya, memberi amaran beliau akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

Di Jepun, Indeks Nikkei 225 jatuh 0.80 peratus atau 85.60 mata kepada 10,579.10 mata, manakala Hong Kong pula menyusut 0.36 peratus atau 83.91 mata kepada 22,906.90, dan Sydney jatuh 0.22 peratus atau 10.8 mata kepada 4,845.9. Indeks Straits Times Singapura merosot 0.57 peratus atau 17.27 mata kepada 3,001.85. Bagaimanapun, Indeks Komposit Shanghai China meningkat 0.25 peratus atau 7.11 mata kepada 2,862.63 susulan aktiviti pengambilan untung selepas mengalami kejatuhan teruk pada Selasa lalu.

Saham berkaitan perlombongan terus menjadi tarikan di sebalik peningkatan harga emas susulan pelabur lebih cenderung membuat pelaburan dalam komoditi itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung inflasi dan ketegangan di Afrika Utara dan Asia Barat.

Harga emas tutup pada paras AS$1,400.00 hingga AS$1,401.00 satu auns.
Peniaga terus mengalami kerugian akibat kejatuhan teruk hari sebelumnya berikutan meningkatnya kebimbangan mengenai kekurangan bekalan minyak mentah di seluruh dunia.

Gaddafi yang mengarahkan penyokongnya untuk turut mengadakan tunjuk perasaan, memberi amaran beliau akan berjuang hingga mati untuk terus kekal menguasai Libya yang dipimpinnya sejak 1969.
“Libya negara saya,” katanya dan menambah “Saya akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir.”

Penunjuk perasaan kini semakin merebak ke beberapa kawasan di rantau itu, termasuk di Maghribi, Yaman, Bahrain dan Iran.

Ketegangan itu menyebabkan harga minyak mentah dunia terus kekal tinggi dengan kontrak April minyak mentah Brent meningkat 69 sen kepada AS$106.47 setong meskipun ia susut sedikit daripada paras tertingginya, iaitu AS$108 setong dalam dagangan di Eropah Selasa lalu.

Bagaimanapun, peningkatan harga minyak seterusnya mungkin dapat dibendung selepas Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi berkata, anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) campur tangan bagi memenuhi sebarang pengurangan bekalan berikutan ketegangan itu. – AFP

Sumber : http://www.bharian.com.my

Apakah indikasi yang boleh diperolehi daripada situasi di atas? Bak kata  Warren Buffett ” Fearful when others are greedy and be greedy when others are fearful”. Satu kata-kata yang cukup kuat untuk menyatakan bahawa situasi di atas adalah masa untuk membeli saham kerana harga rendah, dan mungkin juga akan turun lebih rendah lagi tapi siapa yang tahu? Para pelabur yang berani dan mempunyai simpanan tunai yang banyak sudah pasti menunggu saat-saat begini kerana indikator menunjukkan harga jatuh, dan mungkin akan turun lagi. Tetapi berdasarkan keadaan krisis yang melanda dunia sekarang, pasaran saham malaysia akan bersifat “choppy” iaitu naik-turun yang “volatile”. Keadaan ini mungkin akan berterusan sehingga keadaan di Afrika Utara reda tapi siapa yang tahu!!

Notes : “Never ever timing the market because no one can time the market even a guru in investment, some time they lost a lot of money but sometimes they even make more money than what they loose”. That’s called investment.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: