Qaulalhaq

5-O Agency : Together We Share, We Learn

~ Akad Dalam Transaksi Islam

Posted by faisalrenzo on February 25, 2011


Kontrak atau Akad dalam bahasa arab adalah ‘uqud jamak dari ‘aqd, yang secara bahasa ertinya, mengikat, bergabung, mengunci, menahan, janji , kepercayaan, jaminan atau dengan kata lain membuat suatu perjanjian.  Di dalam Hukum Islam, aqd artinya : “ gabungan atau penyatuan dari  penawaran ( Ijab ) dan penerimaan  (qabul)” yang sah sesuai dengan hukum Islam. Ijab adalah penawaran dari pihak pertama, sedangkan qabul adalah penerimaan dari penawaran yang disebutkan oleh pihak pertama. Manakala Kamus Dewan pula memberikan pengertian akad sebagai janji dan perjanjian. Perkataan akad merupakan perkataan yang sinonim dengan perkataan kontrak.

[Rujukan]
1. INCEIF 2006, Aplied Shariah in Financial Transaction , The Requirement of shariah in Financial Transactions.
2. Briefcase Book Edukasi professional Syariah, Cara Mudah memahami akad-akad syariah, tim penyunting: Dr. Muhammad Firdaus NH, Sofiniah Ghufron, Muhammad Aziz Hakim, Mukhtar Alshodiq

Dalam urusniaga harian, lazimnya penjual akan berkata “Saya Jual…” dan si pembeli akan menjawab “ Saya beli…”. Dua perkataan ,“Saya jual…” dan “Saya beli…” sudah memadai menyatakan ada akad dalam urusniaga tersebut di mana penawaran dan penerimaan berlaku. Ini akad yang dilafazkan atau akad zahir.

Bagaimana pula yang dikatakan akad batin? Sekiranya kita berpuas hati dengan ikhlas barangan yang dibeli dari segi harga, bentuk ,rupa, warna, corak dsb, dan diucapkan “Alhamdulillah” di dalam hati,  inilah yang dikatakan akad batin. Setelah akad zahir & batin dilaksanakan, kita tidak boleh lagi menuntut kerugian di atas segala kerosakan atau kecatatan dengan barangan tersebut kerana perjanjian atau persetujuan secara zahir & batin telah di buat iaitu :

1.       Secara zahir – dengan manusia (pertukaran barang dan nilai)

2.       Secara batin – dengan Allah (ikhlas didalam hati –  ini adalah rezeki dan rahmatNya).

Islam ini agama yang sempurna meliputi zahir dan batin, jadi segala urusan perlu ada zahir dan batinnya untuk mensucikan diri dari ri’ak, taqabbur, sombong dan menjadi satu ibadah kepada kita (kerana ia adalah salah satu daripada sunnah, selain mencari nikmat (makanan, pakaian dsb) yang halal untuk diri sendiri atau anak isteri, kita juga perlu mencari keberkatan dalam nikmat yang kita gunakan).

Wallah wa’alam.


2 Responses to “~ Akad Dalam Transaksi Islam”

  1. macham mana pula kalau jual beli dengan orang bukan islam? akadnya bagaimana?

    kalau beli cara hutang atau ansuran?

    kalau beli pakai mesin?

    harap ustaz dapat terangkan. sebab sekarang cuaca gelap jer.

    terima kaseh ustaz.

    • assalamualaikum che’gu besor…

      mintak maaf ler saya bukan ustaz, seluar x cukup ketat. bagi urusniaga dengan yg bukan muslim adalah tidak wajib lafazkan akad tapi memadai dgn akad batin.
      Jual beli hutang/ ansuran pun begitu, mengikut kesesuaian yang menepati syarak. Yang bab mesin ni plak, mcm mesin coke tu, x yah lah che’gu ckp ngan mesin, nanti pelik pulak ditengok orang…tapi apa salahnyer, yg cakap tu pun che’gu besor…mmg besor!!…hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: